Tuesday 14 October 2014

Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer ("pengkomputeran") berasaskan internet ("awan").[1] Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perincian diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi perlukan pengetahuan, kepakaran dalam, mahupun mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" yang menyokong mereka.[2] Ia selalunya melibatkan peruntukan sumber-sumber yang boleh diskalakan secara dinamik dan sering kali dimayakan sebagai satu perkhidmatan di Internet.[3][4]
Istilah awan digunakan sebagai satu metafora bagi Internet, berdasarkan cara Internet digambarkan di dalam gambar rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur yang disembunyikan di sebaliknya.[5] Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkanpenggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibahagikan kepada kategori-kategori berikut:Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (SaaS), Pengkomputeran Utiliti, Perkhidmatan Web, Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (PaaS), Pembekal Khidmat Terurus (MSP), Perdagangan Perkhidmatan, dan Integrasi internet.

No comments:

Post a Comment